Gambar asal tanah di UCFC sebelum dijadikan runway rc
Wednesday, March 20, 2019
Saturday, March 16, 2019
Menu utama
>
Kelab Penerbangan bagi kawasan Johor Bahru dan sekitarnya. Untuk mengisi masa lapang belia dengan akitiviti yang berfaedah. Mampu menyediakan pemasangan pesawat rc dan latihan kepada ahli ahli baru. Terbuka untuk pengambilan ahli ahli baru dengan terma dan syarat tertentu. Ahli akan diajarkan cara menerbangkan pesawat rc dengan betul dan selamat. Lebih menarik ahli ahli kelab ini akan diserapkan dengan ilmu pengetahuan membaiki dan servis enjin rc ini dengan lebih tepat selaras dengan misi kelab ini iaitu menerapkan teknologi dan kepakaran rc untuk dikongsi bersama.
Sejarah Runway UCFC
Secara amnya latihan kelab UCFC adalah pada setiap hari pagi sabtu di Runway persendirian. Runway pada asalnya merupakan tanah pasir yang telah diratakan bagi memastikan pesawat rc ini mampu berlepas dan mendarat dengan jayanya. Setelah terbinanya runway ini ternyata pesawat besar sekalipun 100cc mahupun turbine dapat berlepas dan mendarat dengan jayanya. Berbekalkan pokok dan alam sekitar semulajadi, ianya menjadi latihan ahli ahli kelab ini mengawal pesawat rc dengan baik di runway ini. Terima kasih terutamanya pada abg zul dan rakan rakan dalam menaik taraf runway ini lebih selesa dan juga penyediaan bangsal untuk kemudahan ahli ahli kelab dan keluarga UCFC. Majulah UCFC dlm dunia rc.....
Sejarah UCFC
Pada awal 2018, tiga orang kuat UCFC iaitu Abg Ali, Abg Zul dan juga Kapten Fahmi merancang bersama untuk kembali aktif dalam dunia pesawat rc. Abang Ali yang dilantik menjadi selaku ketua UCFC bertanggungjawab membawa kemasukkan ahli ahli UCFC ke dalam kelab ini. Pada peringkat permulaan kelab ini mempunyai 7 orang ahli. Ahli ahli tersebut ialah Abg Ali, Abg Zul, Kapten Fahmi, cikgu Pauzi, cikgu bad, dan juga Bro Iskandar. Hampir kemua ahli ahli yang dipilih ini adalah anak murid Abg Ali sendiri yang telah dilatih sebelum ini. Sebelum akhir tahun 2018, dua lagi ahli dipilih oleh Abg Ali iaitu Yin dan juga Fairuz. Pertengahan tahun 2019 ahli ahli UCFC bercadang mengambil 2 orang ahli lagi baru dimana Nor dan juga Voon telah dipilih. Dengan 9 orang inilah maka bermulalah perjalanan permulaan kelab UCFC ini secara rasminya.
Subscribe to:
Posts (Atom)















